RSS

SMK Kalabakan Wireless…

Horay, Hoorayy!!.. Akhirnya.. SMk Kalabakan sudah mempunyai wirelessnye sendiri.. Jadi Warga Sekolah sekali dapat menggunakannya untuk membuat segala kerja dengan tenang.. Sedikit sebanyak dapat jugak membantu meringankan pikiran seharian untuk mencari maklumat..

Tidak lupa juga pelajar.. Anda boleh mengakses internet di Pusat Akses Sekolah.. Namun mungkin lambat sedikit kena mengambil masa untuk untuk menyiapkanya di Pusat Akses Tersebut.. Harap-harap dapat la di akses selepas Hari Raya Puasa nanti..  Dengan kelajauan 2MB pastinya akan membuatkan anda tersenyum lebar seperti ini ^_^..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 13/08/2012 in Uncategorized

 

Program di Bulan Ramadhan

MAJLIS KHATAM QURAN, IFTAR JAMA’IE DAN PROGRAM SOLAT HAJAT DAN MOHON RESTU PMR & SPM  SMK KALABAKAN 2012

Sebagai tanda syukur dan gembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Setiap individu Muslim hendaklah meraikannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang diredhai Allah s.w.t. Oleh itu, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini satu program iaitu Majlis Khatam Quran, Iftar Jama’ie dan Program Solat Hajat dan Mohon Restu PMR & SPM 2012 akan dijalankan pada 10 Ogos 2012. Melalui program ini, para pelajar, guru-guru serta ibubapa dapat sama-sama berbuka puasa sambil mengeratkan lagi ikatan silaturrahim. Bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM, mereka  juga akan mendapat restu untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Selain dari itu, solat hajat ini diharapkan dapat memberi berkat dan petunjuk yang positif dalam mencapai keputusan yang cemerlang.

ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam & Panitia Tasawwur Islam SMK Kalabakan.

TARIKH

10hb Ogos 2012 @ 21Ramadhan 1433H

TEMPAT

Dewan SMK Kalabakan & Masjid Al-Muqarrabah, Kampung Kalabakan.

ATURCARA PROGRAM

1.30 –  1.45 ptg                       : Para Perserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat

1.45 –  2.00 ptg                       : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan

2.00 – 3.30 ptg                        : Saringan Pertandingan Nasyid Bermula

3.30 – 4.00 ptg                        : Rehat & Solat Asar Berjemaah

4.10 – 5.00 ptg                        : Sambungan Pertandingan Nasyid

5.00 – 5.30 ptg                        : Pendaftaran pelajar PMR dan SPM di Sekolah & Majlis Khatam Al-Quran

5.35 – 6.00 ptg                        : Majlis Penyampaian Zakat sumbangan / persembahan kump. Nasyid Ad-Neen

6.00 – 6.20 mlm                      : Bergerak ke Masjid Al-Muqarrabah

6.20 – 6.45 mlm                      : Iftar Jama’ie  / Kubro

6.50 – 7.50 mlm                      : Solat Maghrib / Bacaan Yassin / Solat Hajat

7.50 – 8.30 mlm                      : Solat Isyak & Solat Tarawih

8.30 – 9.30 mlm                      : Ceramah Motivasi

9.30 – 9.45 mlm                      : Penyampaian Cenderahati & Majlis bersurai

 
 

Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

This slideshow requires JavaScript.

Bulan Kemerdekaan sudah bermula.. Hooray… Banyak pertandingan bakal dipertandingankan.. Guru-guru dan pelajar-pelajr sudah mula mengambil bahagian dalam bulan ini.. Dapatkan maklumat dan tentatif program sepanjang Bulan Kemerdekaan disini–> (+Klik sini+)

Kat bawah ini sedikit sebanyak mengenai info Logo Kemerdekaan tahun 2012 :

 

Jika mahu bandingakan Logo Kemerdekaan tahun-tahun sebelum ini boleh lihat disini–> (+Klik sini+)

 

Selamat Hari Jadi Sekolah Tersayang

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to SMK Kalabakan
Happy birthday to you…………


SELAMAT ULANG TAHUN SMK KALABAKAN KE-14

 
Leave a comment

Posted by on 01/08/2012 in Kedai kopi

 

Aktiviti Pelajar & Guru di petang hari

Aktiviti Pelajar & Guru di petang hari

This slideshow requires JavaScript.

Sambil menunggu waktu berbuka puasa, main futsal dahulu. Team campuran guru-guru dan pelajar bermain bagi mengisi masa lapang di waktu petang (sambil menunggu waktu berbuka puasa +_+” )

 
Leave a comment

Posted by on 31/07/2012 in Kedai kopi

 

Tags: , ,

Gelagat 1 Amanah

image

Sibuk2 di dalam kelas, rasa maw cuba sending posting by HP.. Jadiknya 6 orang model inilah yg menjadi mangsa testing.. Well, using wordpress nie ternyata hebat dan mudah.. Anywhere anytime boleh ajer post janji HP ade internt..

 
3 Comments

Posted by on 30/07/2012 in Kedai kopi

 

Salam Ramadhan (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah 10 ramadhan kita berpuasa rupanya.. Tapi masih belum terlambat untuk saya sampaikan “Salam Ramadhan” kepada semua warga muslim khususnya warga SMK Kalabakan.. Semoga harapan serta niat baik kita diterima Tuhan dan segala dosa kita diampuni-Nya dalam bulan yang mulia ini. Sedikit peringatan untuk kita semua “Berpuasalah bersungguh-sungguh seperti puasa inilah puasa terakhir kita”.

Kepada pelajar-pelajar muslim, puasa penuh yer.. Jangan memonteng puasa tu (+_+”)

Pantun sekerat dua untuk semua :

Ramadhan bulan penuh keinsafan
Mendidik jiwa mengajar kesabaran
Buat lah amalan dengan kesungguhan
Agar Al Qadar kita temukan

Hiasi Ramadhan dengan tasbih
Untuk kuatkan diri yang lemah
Jaga pandangan kawal lah lidah
Semoga sentiasa dilindungi Allah

Terawih jangan kita lupakan
Walaupun ia nya sunat di amalkan
Tadarus Al Quran juga disertakan
Hati yang keras mudah dilembutkan

Ramadhan hanya tiba sekali
Dekatkan diri kepada Ilahi
Sucikan diri bersihkan hati
Agar wajah muda berseri

“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh mahrifah

 
Leave a comment

Posted by on 30/07/2012 in Kedai kopi

 

Tags: , , , , ,